Dalam organisasi sosial Tamadun
Hwang-Ho, Raja menduduki hierarki yang tertinggi dalam masyarakat Cina. Di
bawahnya, terdapat golongan bangsawan, mereka merupakan golongan yang
berpengaruh di kalangan rakyat. Selepas bangsawan, golongan petani menjadi
golongan yang penting. Namun begitu, ramai daripada mereka menjadi hamba
berhutang pada zaman Dinasti Chou kerana tidak dapat mengeluarkan hasil yang
mencukupi. Artisan, peniaga dan askar menduduki tempat yang paling rendah dalam
hierarki masyarakat China. Selain itu, terdapat ahli-ahli sihir yang
mentafsirkan mimpi raja dan pawang yang menjalankan upacara-upacara di istana
Shang.
More info would be great
ReplyDelete