Pembentukan Kerajaan
Pada permulaan, setiap negara
kota itu merupakan satu kerajaan. Terdapat satu daripada negara kota itu telah
berjaya memperluaskan wilayahnya dengan menawan negara kota yang lain. Negara
kota itu ialah Shang. Juga dipercayai bahawa sebelum Shang, terdapat satu
dinasti yang bernama Hsia. Raja Shang ini kemudian memperkuatkan kekuatan
tenteranya dan negara kota yang lemah pun secara sukarela menunduk terhadap
kekuasaan Shang. Maka akhirnya Kerajaan Shang pun ditubuhkan. Kerajaan Shang ini
diketuai oleh seorang raja dan setiap orang bangsawan pula akan diberikan
sesuatu wilayah untuk ditadbir secara turun-temurun. Kerajaan Shang ini beribu
kota di Anyang. Kerajaan Shang ini kemudian diguling oleh Wu Wang dari Kerajaan
Chou kerana kezaliman raja Shang yang bernama Zhou Hsin.
No comments:
Post a Comment