Friday, 27 July 2012


Sumbangan Tamandun Hwang Ho dalam bidang agama dan kepercayaan .

  •  Kepercayaan masih berkekalan sehingga hari ini ialah pemujaan roh nenek moyang.
  •  Unsur pemujaan dijalankan sejak zaman Shang yang terus dalam Keserasian mengikut unsur-unsur unsur korban manusia digantikan dengan makanan, duit kertas dan barang perhiasan.
  • Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui sebagai dua daripada kepercayaan bahawa China adalah masih ada dalam masyarakat hari ini.                                                 
  •  Feng Hsui = Dari falsafah Taoisme adalah berdasarkan kepada alam semesta.                                               
  •  Merujuk kepada hubungan manusia dengan alam semula jadi.
  •  Orang-orang Cina percaya bahawa alam semesta dan ciptaan dua unsur yang saling melengkapi Yin   dan Yang pasif aktif .
  • Feng Hsui merujuk kepada falsafah Taoisme adalah berdasarkan bagaimana manusia harmoni dengan alam semesta.
  • Kedaulatan undang-Shang itu, kalendar telah diperkenalkan, terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360 hari setahun.
  • Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan menuai.. Amalan menggunakan kalendar ini terus menjalankan aktiviti harian seperti majlis perkahwinan atau pengebumian tanah perkuburan.
  • Falsafah Perang Sun Tzu, -, The Art of War membincangkan selok-belok bagaimana untuk berurusan dengan peperangan dan musuh telah diulang cetak dalam beberapa bahasa
  •  Falsafah ini juga digunakan dalam perniagaan.
Sumbangan tamadun Hwang Ho dalam bidang ekonomi.

  •  Pembinaan sistem pengairan
  •  Terusan dibina untuk mengairi kawasan pertanian/untuk menggelakkan banjir
  •  Kemajuan teknologi pembajakan
  •  Mengawal aliran Hwang Ho agar tidak memudaratkan pertanian
  •  Penciptaan cangkul
  •  Penciptaan sabit
  •  Pnggunaan batas untuk tujuan tanaman
  •  Perubahan secara evolusi penggunaan alat pertanian daripada kayu kepada besi
Sumbangan Tamadun Hwang Ho dalam bidang pertanian.
  • Pembinaan terusan untuk mengairi tanaman
  • Teknologi pembajakan
  • Penciptaan cangkul
  • Penciptaan sabit
  • Penggunaan batas untuk penanaman
  • Alatan pertanian dibuat daripada besi
  • Kalendar untuk menentukan musim menanam
  • Penciptaan tenggala untuk membuat batas
  • Terusan dibina untuk mengelakkan banjir
  • Kolar kuda untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu/kereta kuda/kereta sorong beroda
  • Penyisir tanah
  • Sistem penanaman secara bergilir untuk menjaga kesuburan tanah
  • Kawasan bukit diteres untuk pertanian





Wujudnya Bahasa dan Tulisan

Sejak zaman Dinasti Shang, sistem tulisan dalam bentuk gambar yang melambangkan sesuatu perkara atau benda telah wujud. Tulisan ini menggunakan idea abstrak. Terdapat lebih kurang 3,000 simbol ini kekal selama 3,500 tahun sehingga masa kini. Bentuk tulisan ini dipanggil ideogram. Ia ditulis secara menegak dalam lajur-lajur kecil. Jurutulis yang mahir menulis menggunakan berus atau kayu runcing untuk menulis atas tulang, buluh, gangsa, tembikar, kayu dan sebagainya. Contoh bentuk tulisan ideogram ialah 山 yang mewakili bukit dan 日 yang mewakili matahari.

Wujudnya Kepercayaan

Mengenai Tamadun Hwang-Ho, mereka mengamalkan pemujaan terhadap nenek moyang. Mereka percaya nenek moyang mempunyai pengaruh ke atas kehidupan mereka. Apabila mereka hendak mendapat mertolongan daripada nenek moyang, mereka akan menggunakan tulang nujum. Tulang nujum ini akan diukir dengan beberapa soalan dan kemudian dihempaskan. Berdasarkan retak-retak atas tulang, mereka akan membuat ramalan. Selain daripada pemujaan nenek moyang, mereka juga menyembah Tuhan Shang Ti, tuhan matahari, tuhan bulan, tuhan angin dan sebagainya.
Pengkhususan Kerja

Raja dianggap sebagai anak tuhan iaitu Tian Zhi, maka baginda berkuasa memerintah negara dengan penuh berkuasa. Baginda juga merupakan "Tuan Tanah" dan bangsawan pula merupakan "Penyewa Tanah". Golongan bangsawan akan dianugerahkan sebuah wilayah untuk ditadbir secara mutlak dan sebahagian hasil yang diperolehi akan diserah kepada raja. Golongan bangsawan ini juga mewujudkan sistem pemerintahan birokrasi di bahagian pusat di mana jabatan-jabatan seperti kewangan, pasukan bersenjata, undang-undnag diwujudkan. Di antara kurun ke-8-3 SM, golongan ini menjadi terlalu kuat dan kerajaan pusat tidak lagi berupaya mengawal kuasa mereka. Golongan petani pula bekerja sebagai pencucuk tanam ataupun penternak binatang. Hasil yang diperolehi akan diserahkan sebahagian kepada bangsawan sebagai cukai. Seterusnya, artisan, peniaga dan askar masing-masing menjalankan kewajipan mereka mengikut kemahirannya.


Perkembangan Teknologi

Sains dan teknologi di Tamadun Hwang-Ho maju sejak Dinasti Shang dan bertambah maju pada zaman Dinasti Chou. Pada zaman Dinasti Shang, gangsa digunakan untuk membuat alat senjata dan alat pertanian, tanah liat digunakan untuk membuat tembikar, jed digunakan sebagai alat perhiasan, sutera dihasilkan dan sistem kalendar dan perpuluhan diperkenalkan. Pada zaman Dinasti Chou pula, wang yang dibuat daripada logam digunakan. Buku mulai dicetak dan alat tulisan mula dihasilkan.


Wujudnya Organisasi Sosial

Dalam organisasi sosial Tamadun Hwang-Ho, Raja menduduki hierarki yang tertinggi dalam masyarakat Cina. Di bawahnya, terdapat golongan bangsawan, mereka merupakan golongan yang berpengaruh di kalangan rakyat. Selepas bangsawan, golongan petani menjadi golongan yang penting. Namun begitu, ramai daripada mereka menjadi hamba berhutang pada zaman Dinasti Chou kerana tidak dapat mengeluarkan hasil yang mencukupi. Artisan, peniaga dan askar menduduki tempat yang paling rendah dalam hierarki masyarakat China. Selain itu, terdapat ahli-ahli sihir yang mentafsirkan mimpi raja dan pawang yang menjalankan upacara-upacara di istana Shang.
Pembentukan Kerajaan

Pada permulaan, setiap negara kota itu merupakan satu kerajaan. Terdapat satu daripada negara kota itu telah berjaya memperluaskan wilayahnya dengan menawan negara kota yang lain. Negara kota itu ialah Shang. Juga dipercayai bahawa sebelum Shang, terdapat satu dinasti yang bernama Hsia. Raja Shang ini kemudian memperkuatkan kekuatan tenteranya dan negara kota yang lemah pun secara sukarela menunduk terhadap kekuasaan Shang. Maka akhirnya Kerajaan Shang pun ditubuhkan. Kerajaan Shang ini diketuai oleh seorang raja dan setiap orang bangsawan pula akan diberikan sesuatu wilayah untuk ditadbir secara turun-temurun. Kerajaan Shang ini beribu kota di Anyang. Kerajaan Shang ini kemudian diguling oleh Wu Wang dari Kerajaan Chou kerana kezaliman raja Shang yang bernama Zhou Hsin.

Ciri-ciri Tamadun Hwang Ho

Pembentukan Bandar


Penduduk Cina mendapati Lembah Sungai Hwang-Ho sesuai untuk pertanian. Mereka mendirikan perkampungan tetap di sana. Perkampungan ini berkembang dengan pesat dan mengalami urbanisasi dan seterusnya menjadi bandar. Bandar ini mempunyai sistem ekonomi dan struktur masyarakat yang kompleks. Contoh bandar atau negara kota yang wujud ialah Kota Shang (2000 SM), Anyang (1800 SM), Loyang, Changgan dan sebagainya. Kebanyakan bandar ini muncul di tebing sungai dan tembok telah dibina untuk melindungi bandar tersebut.

Pengenalan Tamadun Hwang Ho

Tamadun awal China telah wujud kira-kira 4500 tahun dahulu.Ia berlaku di sekitar Sungai Kuning atau Hwang.Tamadun ini berkembang pesat pada zaman Dinasti Shang (1766 - 1122 SM atau 1523 - 1027 SM).Bandar utama yang muncul ialah Anyang , Changan dan Loyang.Anyang telah dijadikan ibu negeri Dinasti Shang.


Orang China percaya mengenai konsep mandat dari syurga.Dinasti Shang diganti oleh Dinasti Chou melalui rampasan kuasa.Sistem feudal diamalkan semasa pemerintahan Dinasti Chou.Pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama.Tanaman utmanya ialah gandum , milet , sekoi , barli dan padi.Ternakannya ialah khinzir , kambing dan anjing.Kulit siput digunakan sebagai mata wang dalam perdagangan tempatan.Perusahaan yang dijalankan ialah pembuatan tembikar , barangan ukiran daripada kayu , gangsa dan jed serta penenunan tekstil dan bulu.